Wednesday, 25 May 2011

start wif FRIENDS then turns to RELATIONSHIP



betul cakap orang, kalau kita membina hubungan dari persahabatan (bersahabat baik) kemudian menjadikan sahabat kita sebagai teman istimewa, di pengakhiran dier tak seindah yang kita slalu bayangkan atau harapkan..
                   
bila berkawan, dan hubungan menjadi serius.. kita slalu harap hubungan nie berakhir di jinjang pelamin... tetapi andai hubungan nie berakhir di tengah jalan, jangan sesekali kita berharap kita akan menjadi sahabat baik seperti dulu.. sebab tue ramai orang kata kalau kita dah jadi kawan baik, jangan rosakkan persahabatan tue dengan percintaan... 

yup, sebelum nie saya hadapai situasi macam nie.. kawan x baik masa ILP Pasir Gudang. 1 team orentasi.Budak tu agak gemok tp chumel sgt2 hehehe….Mcm2 kisah berlaku sepanjang orentasi.Sye x suka kat dia sbb dia gemok sgt2 hahaha (jahat x sye).Asal terserempak aje kat bengkel or dewan makan sye pggl dia “budak gemok”. Asal jmpa jew gadoh.. tu jew lah kerja ktowg n ditakdirkan Tuhan, ktowg mjalinkan hubungan sahabat baik…..
dan 9bln brkenalan dgn hbgn sahabatan baik diubah menjadi sepasang kekasih..betapa bahagianya sye dgn dia masa tu.Wpon dia gemok tp dia carring n take care sgt2.Ktowg merupakan pasagn sejoli coz sorg gemok n sorg agi kuwus hahaha... 
 
Dan akhirnya hubungan sye dgn dia  kecundang selepas 2bln sye belajar kat ADTEC.Dia mmg x bg sye smbung blaja sbb dia taw bnda nie akan blaku.Smua nie blaku akibat kesilapan sye jgak.Sye mjalinkan hbgn dgn seorg plajar kat ADTEC .Sye tinggalkan dia mcm tu jew n pergi dgn bdk ADTEC tu..hati sye ketika tu terbagi dua tp sbb bdk  ADTEC tu dkt dgn sye,tu yg sye pilih dia. Sepanjang hbgn kami,kami sering bgaduh n bergaduh sehingga pergaduhan kita orang yang terakhir dimana dier kata "KITA BAWA HALUAN MASING- MASING".... asalnya memang saya sedih sgt2.Tp  Allah Maha Adil.Apa yg sye lakukan dkt budak (gemok) blaku pd diri sye  jugak. yup... perit.. saya akui.. but selepas tue hubungan kami pun putus terus.. 

Sye remove dier dalam facebook sebab saya terasa hati dengan dier sebab dier kata di antara kami memang tak ada jodoh.. tak ada percintaan...so masing- masing bawa haluan sendiri..
dan dijadikan cerita selepas putus dengan dak ADTEC, sye dah malas nak bercinta lagi..
  Tapi kini sye slalu mengenangkan kisah sye dan bdk gemok tu..ntah xda kabar lg darinya…mybe dia nk lupakan sye tuk selamanya kot.Tp x kish lah,asalkan dia bahagia….Insya’Allah,Aminn…. 

"Dalam kehidupan kita, kita sebenarnya membuat kesilapan hanya sekali. kalau kedua kali, itu kebodohan namanya."
ya, saya akui saya bodoh... then apa lagi, putus ditengah jalan... imbas cerita nie berakhir disini eik.Saya ingat teori orang ramai (kalau dah putus, jangan harap dapat jadi kawan semula) tue salah kot hehehe
KESIMPULANNYA, memang kita tak dapat jadi sahabat kalau kita putus cinta... dan benda nie sangat menyedarkan saya.... sekian, itu sahaja yang saya nak kongsi bersama semua.. salam sayang dari saya... 
Twink3

Wednesday, 18 May 2011

StOry AboUT DjM hehehe...


hi…..
cter nie blaku mggu lps kot sje nk renew smula situasi masa tu hehehe
Nie alkisah budak2 DJM yang tengah bz gle2 menyiapkan proposal  
Mn xnya masing ngah tension nk wat prposol tuk pmbtgn dpn KJ
Peh bkn main lg kwn2 sye masing2 wat muka ketat xnk cenyum  
Bila sye kata cenyumm….mreka kata sye sengal lak adoooyaiiiii
ni bukan nak mengumpat ke ape tapi realiti yang aku alami  
Bayangkan proposal tu kna siapkan dlm masa 9hari
Peh!!!!!!!tension nyeeeee sye  
Masa pmbtgn proposal tu x drima kata xda kualiti
Pehhhhh hamcur muncus hatiku…..
Kali ke-2 lak  alhmdulillah baru trima dh mybe doa fmly kot hehehe  
So lepas nie kna wat final projek lak…..bz bz mmb bz sesangat
Smga kwn2 yg lain dpt wat yg terbaik
Pesanan sye  “TINGKATKAN KUALITI ANDA” hehehe

Tuesday, 17 May 2011

Falsafah Hidup????Mybe kot

 


 Hidup adalah kegelapan jika hasrat dan keinginan tidak tercapai.Dan semua hasrat dan keiginan adalah buta,jika tidak disertakan pengetahuan.Dan pengetahuan adalah hampa jika tidak diikuti pelajaran.Dan setiap pelajaran akan sia-sia jika tidak  disertakan cinta…. 

Perpisahan mmg menyakitkan tapi itulah keadaan yang harus kita tempuhi.Aq adalah manusia biasa yang mempunyai cinta tak sempurna…tp dgn sikapku yang lupa akan pengorbanan mu selama ini aq alpa dan biarkan dikau pergi,pergi dan pergi…sekarang baru aku tahu betapa sakitnya perpisahan itu.Sekarang nie aq hanya boleh menunggumu dan berusaha beri yang terbaik untuk pertemuan yang akan datang… Doa dan harapanku semoga dikau menjadi insan yang mulia

Sunday, 15 May 2011

~♥Rahsiah Mengekalkan Hubungan Jarak Jauh~♥



Jarak jauh bukanlah bererti berakhirnya sebuah hubungan kamu dengan si dia. Mungkin disebabkan oleh beberapa perkara yang memaksa kamu berdua berpisah untuk sementara. Oleh itu, kamu perlu melakukan sesuatu supaya hubungan yang dijalinkan berjalan seperti biasa.

Di bawah terdapat lima rahsia untuk mempertahankan hubungan ketika kamu berdua terpisah oleh jarak jauh.


1. TETAP BERHUBUNGAN SETIAP MASA
Tidak terputus hubungan adalah kunci perhubungan cinta jarak jauh. Chatting, sms atau email secara teratur adalah salah satu langkah terbaik yang dapat dilakukan bagi menyelamatkan sesebuah perhubungan.

2. LAKUKAN AKTIVITI KESUKAAN
Jangan mensia-siakan hidup hanya kerana si dia berada jauh dari pandangan. Lakukan aktiviti harian kamu seperti biasa.Jika dahulu kamu tidak mempunyai masa, maka gunakanlah masa yang ada dengan sebaik mungkin.

3. JANGAN BIARKAN PERSELISIHAN FAHAM BERPANJANGAN

Jika berlaku perselisihan faham, selesaikan dengan segera, jangan dibiarkan terlalu lama kerana takut menjadi semakin rumit. jangan sesekali mengabaikan mesejnya.

4. TUNJUKKAN PERHATIAN KAMU
Jangan jadikan jauh sebagai alasan! Tunjukkan kepadanya perhatian yang telah kamu berikan. Kirimkan kepada si dia e-card yang lucu, hangat dan menyentuh perasaan.

5. REALITI

Jangan fikir dunia sudah berubah jika kamu bersatu kembali akhirnya. Ada banyak perkara yang terjadi dan perlu di fahami semasa kamu terpisah. Mungkin keadaan
tidak lagi sama seperti dahulu. Oleh itu,luangkan masa bersama dan berbincang dengan baik tentang diri kamu semasa terpisah dahulu. Ini adalah jalan terbaik untuk memahami kehidupan masing-masing. 

P/S : Hargailah pasangan anda…sesungguhnya dia adalah anugerah Allah yang terbaik untuk anda special 4 Normaziah,Nor Faezah,Jassica,Norain Sujam,Siti Saifdah,Hasnani,Siti Aminah,Norfarahana,Nurul Awani n Kawan2 class yg lain…. :) 

Wednesday, 11 May 2011

Memory semalam masih segar ingatan ku..:)


Andai aku masih yang dulu
Maka pasti aku akan menyayangimu
Andai aku masih yang dulu
Mungkin tak ragu hati ini mencintai
Sayang sang waktu telah mengubah aku
Aku tidak boleh lagi jatuh cinta
Walau aku sangat menyukai gayamu
Senyummu dan ceriamu
Sayangnya tu semua  yang seperti kamu
Wahai jejaka impianku pujaan hatiku
Bukan salah waktu kita telah berjumpa
Namun takdir yang tak memihak pada kita

Friday, 8 April 2011

"Sekadar Renungan wat diriku.."


  Izinkan daku menjadi sekuntum bunga,
Yang dihiasi dengan kelopak akhlaq mulia,
Harum wanginya dengan ilmu agama,
Cantiknya kerana iman dan taqwa,

Namun keindahan zahirnya ku simpan rapi,
Biar menjadi rahsia yang kekal abadi,
Bukan perhatian mata ajnabi,
Yang menjadi punca fitnah hati,

Ya Allah,
Timbulkanlah duri yang memagari diri,
Agar diriku terpelihara dari noda duniawi,
Yang akan menghilangkan keharuman sejati,
Yang akan memudarkan kecantikan diri,

Disebalik kekurangan yang tercipta,
Bukanlah alasan untuk bermuram durja,
Kerana setiap yang tercipta ada hikmahnya,
Izinkan ya Allah agarku menjadi permata,
Tetap menyinar walau di lumpur hina,
Tetap berharga walau dimana saja,
Buat ummah dan juga keluarga,

Izinkan daku menjadi seindah mawar berduri,
Yang menjadi impian setiap muslimah,
Yang indahnya bukan untuk lelaki,
Tapi permata buat yang bernama suami...