Wednesday 18 May 2011

StOry AboUT DjM hehehe...


hi…..
cter nie blaku mggu lps kot sje nk renew smula situasi masa tu hehehe
Nie alkisah budak2 DJM yang tengah bz gle2 menyiapkan proposal  
Mn xnya masing ngah tension nk wat prposol tuk pmbtgn dpn KJ
Peh bkn main lg kwn2 sye masing2 wat muka ketat xnk cenyum  
Bila sye kata cenyumm….mreka kata sye sengal lak adoooyaiiiii
ni bukan nak mengumpat ke ape tapi realiti yang aku alami  
Bayangkan proposal tu kna siapkan dlm masa 9hari
Peh!!!!!!!tension nyeeeee sye  
Masa pmbtgn proposal tu x drima kata xda kualiti
Pehhhhh hamcur muncus hatiku…..
Kali ke-2 lak  alhmdulillah baru trima dh mybe doa fmly kot hehehe  
So lepas nie kna wat final projek lak…..bz bz mmb bz sesangat
Smga kwn2 yg lain dpt wat yg terbaik
Pesanan sye  “TINGKATKAN KUALITI ANDA” hehehe

Tuesday 17 May 2011

Falsafah Hidup????Mybe kot

 


 Hidup adalah kegelapan jika hasrat dan keinginan tidak tercapai.Dan semua hasrat dan keiginan adalah buta,jika tidak disertakan pengetahuan.Dan pengetahuan adalah hampa jika tidak diikuti pelajaran.Dan setiap pelajaran akan sia-sia jika tidak  disertakan cinta…. 

Perpisahan mmg menyakitkan tapi itulah keadaan yang harus kita tempuhi.Aq adalah manusia biasa yang mempunyai cinta tak sempurna…tp dgn sikapku yang lupa akan pengorbanan mu selama ini aq alpa dan biarkan dikau pergi,pergi dan pergi…sekarang baru aku tahu betapa sakitnya perpisahan itu.Sekarang nie aq hanya boleh menunggumu dan berusaha beri yang terbaik untuk pertemuan yang akan datang… Doa dan harapanku semoga dikau menjadi insan yang mulia

Sunday 15 May 2011

~♥Rahsiah Mengekalkan Hubungan Jarak Jauh~♥



Jarak jauh bukanlah bererti berakhirnya sebuah hubungan kamu dengan si dia. Mungkin disebabkan oleh beberapa perkara yang memaksa kamu berdua berpisah untuk sementara. Oleh itu, kamu perlu melakukan sesuatu supaya hubungan yang dijalinkan berjalan seperti biasa.

Di bawah terdapat lima rahsia untuk mempertahankan hubungan ketika kamu berdua terpisah oleh jarak jauh.


1. TETAP BERHUBUNGAN SETIAP MASA
Tidak terputus hubungan adalah kunci perhubungan cinta jarak jauh. Chatting, sms atau email secara teratur adalah salah satu langkah terbaik yang dapat dilakukan bagi menyelamatkan sesebuah perhubungan.

2. LAKUKAN AKTIVITI KESUKAAN
Jangan mensia-siakan hidup hanya kerana si dia berada jauh dari pandangan. Lakukan aktiviti harian kamu seperti biasa.Jika dahulu kamu tidak mempunyai masa, maka gunakanlah masa yang ada dengan sebaik mungkin.

3. JANGAN BIARKAN PERSELISIHAN FAHAM BERPANJANGAN

Jika berlaku perselisihan faham, selesaikan dengan segera, jangan dibiarkan terlalu lama kerana takut menjadi semakin rumit. jangan sesekali mengabaikan mesejnya.

4. TUNJUKKAN PERHATIAN KAMU
Jangan jadikan jauh sebagai alasan! Tunjukkan kepadanya perhatian yang telah kamu berikan. Kirimkan kepada si dia e-card yang lucu, hangat dan menyentuh perasaan.

5. REALITI

Jangan fikir dunia sudah berubah jika kamu bersatu kembali akhirnya. Ada banyak perkara yang terjadi dan perlu di fahami semasa kamu terpisah. Mungkin keadaan
tidak lagi sama seperti dahulu. Oleh itu,luangkan masa bersama dan berbincang dengan baik tentang diri kamu semasa terpisah dahulu. Ini adalah jalan terbaik untuk memahami kehidupan masing-masing. 

P/S : Hargailah pasangan anda…sesungguhnya dia adalah anugerah Allah yang terbaik untuk anda special 4 Normaziah,Nor Faezah,Jassica,Norain Sujam,Siti Saifdah,Hasnani,Siti Aminah,Norfarahana,Nurul Awani n Kawan2 class yg lain…. :)