Wednesday 28 March 2012

Seorang wanita/lelaki yang berani meletakkan in a relationship with kekasih bukan mahramnya itu ia sedikit sebanyak telah hilang sifat malu dan segan dalam dirinya sebagai seorang muslimah/muslimin kerana ia seolah-olah seperti memberitahu kepada umum bahawa dia sekarang sedang bergelumang, bergomol dan bercouple dgn kekasihnya, seperti ishtiharkan kemaksiatan. Tahukah anda bahawa meletakkan in a relationship with kekasih bukan mahram boleh menimbulkan fitnah??? Akhir zaman ini ramai manusia yang berbangga dengan maksiat yang dilakukan oleh diri mereka sendiri.

 

Tahukah anda bahawa, sedangkan dalam pertunangan Rasulullah SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita supaya sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan. Inikan pula perhubungan couple yang jelas haram tetapi nak tunjuk juga kepada umum yang diri itu sudah berstatus couple!!! Kalau status pertunangan tak mengapa la juga, tetapi itu pun Rasulullah SAW menyuruh sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan sebagaimana Sabda Rasulullah SAW:

“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)